Friday, December 25, 2009
Rangkaian Perniagaan Silat kini sedang giat berkembang. Silat Network sekarang akan membuka sebuah kedai buku kecil di Galaxy Ampang pada 27 May 2010. Di harap dengan pembukaan kedai buku ini akan memesatkan lagi industri buku di negara kita. Seterusnya, Silat Network akan membuka kedai buku kecil berikutnya di Ampang Point pada 15 July 2010 dan akan bersaing dengan Kedai Buku Popular. Dan seterusnya pada 27 September 2010 Silat Network akan membuka sebuah lagi kedai buku kecil di KLCC. Pada 11 November 2010 pula kedai buku yang berikutnya akan di buka di Spektrum, Ampang. Menjelang 12 December 2010 Silat Network akan membuka kedai buku yang kelima di Ampang Avenue dan yang keenam di Ampang Waterfront. Semua rancangan di atas bergantung kepada modal yang disuntikkan kepada syarikat kami. Syarikat kami juga akan menambahkan cawangannya pada tahun 2011 dan 2012 di beberapa tempat strategik di sekitar Ampang, Cheras, dan Hulu Kelang. InsyaAllah. Harap maklum daripada saya Pengarah Urusan Silat Network Sdn. Bhd.
Subscribe to:
Posts (Atom)